Pameran Sempena Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-60
16 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 & 15 Januari 2020 yang lalu, Pusat Internet Piasau Utara telah dijemput oleh pihak MCMC Miri untuk membuat pameran selama 2 hari di Dewan Suarah sempena dengan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak. Tujuan pameran ini diadakan untuk memberi kesedaran atau memperingati orang awam supaya sentiasa berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali atau dikenali sebagai SCAMMER.
Selain itu juga, pengenalan E-Waste juga turut diperkenalkan kepada orang yang berkunjung supaya pengunjung lebih peka apa itu E-Waste dan fungsi itu diperkenalkan. Pameran ini dhadiri seramai 170 orang pengunjung dan termasuk kakitangan kerajaan atau nukan kerajaan yang turut membuat pameran. Pameran KDB ini mengambil masa selama 2 hari dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: